Monday, March 7, 2016

BAB 6 : KESIMPULAN




Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja.  Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan.  Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa akan datang.



Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak POLITEKNIK yang memberi peluang kepada pelajar - pelajar mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.



BAB 5 : DAPATAN & CADANGAN

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini ,saya banyak mempelajari tentang :


  • Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar 
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dipejabat bersama-ama dengan staf yang lain
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.
Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan iaitu :

  • Pelajar haruslah didedakan dengan dunia luar,tidak hanya didalam pejabat.
  • Pelajar haruslah menepati masa agar tidak dipandang rendah oleh majikan.
  • Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang diberikan.
  • Pihak syarikat haruslah memberi peluang kepada pelatih untuk belajar benda yang jarang digunakan supaya pelajar dapat mempelajari benda yang baru.

Tuesday, March 1, 2016

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN



BAB 2 : LATAR BELAKANG PEJABAT




BAB 1 : PENGENALAN


Pengenalan Latihan Industri

           Latihan Industri merupakan komponen utama dalam kurikulum Pembelajaran di Politeknik pelajar diwajibkan menjalani latihan Industri dan disyaratkan lulus latihan sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik PBU.  Dalam Latihan Industri, Pelajar akan juga di tempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semesta bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan yang sebenar serta dapat berbeza dari suasana belajar.

          Sepanjang semasa pelajar menjalani latihan Industri ini, Pelajar akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum ditempuhi.  Oleh itu, Pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan industri ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan selama menjalani Latihan Industri, Pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba pengetahuan dan juga pengalaman.  Pelajar boleh merujuk dan pengalaman tersebut sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan sebenar kelak.

            Justeru latihan industri dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk personaliti diri yang baik.  Dengan adanya penerangan dari unik latihan industri dapat menjalani latihan industri dengan baik dan lancar, dan dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang tugas yang dilaksanakan.

 Pendahuluan 

             Latihan Industri adalah proses penempatan pelajar di mana – mana organisasi Bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.  Pelajar yang mengikuti pengajian di PBU diwajibkan menjalani latihan Industri selama satu semester.

             Merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan disamping mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di politeknik.  Dimana pelajar akan
dilatihkan untuk melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan di tempat latihan industri.

 Objektif Latihan Industri 

a. Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara  berpasukan,
     amanah, Berkeyakinan bertanggungjawab.
b. Boleh berkomunikasi dengan berkesan.
c. Mengamalkan etika & Peraturan kerja yang baik.
d. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.
e. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
f.  Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
g. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
h. Dapat menanam sikap ingin tahu dan minat semasa latihan.


 Objektif Laporan Latihan Industri 

                Objektif laporan latihan industri adalah yang dibuat untuk mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat di pelajari semasa menjalani latihan industri. Tujuan laporan latihan industri ini dibuat adalah untuk melibatkan bahawa pelajar yang berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah ditetapkan.

                Laporan latihan industri ini juga dapat mengesahkan bahawanya pelajar benar-benar telah menjalani latihan industri dan juga melakukan kerja-kerja yang diarahkan dan ia merupakan catatan laporan penting setiap kerja yang dijalankan seperti mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan.

                 Antara objektif latihan industri ialah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan-amalan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar dan mengaitkan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah sebelum mereka menamatkan pengajian mengikut pengkhususan dalam bidang masing-masing.

                Selain daripada itu, Latihan industri juga menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara sesama pekerja disamping menanam sifat amanah bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan dan juga dapat mewujudkan kerja berpasukan dengan pekerja yang lain.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
           
            Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.

            Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar .

           Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan industri sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

Perakuan Pelajar

"Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satu saya telah jelaskan sumbernya . Setiap apa yang tercatat merupakan latihan yang saya akui ketika menjalankan latihan industri semasa berada di PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK . "





..................................

Tarikh :30/11/2015

(NOR RAHIMAH BINTI NORDIN)





Disahkan oleh :






...............................................

(                                                   )

PENGHARGAAN & DEDIKASI



PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nor Rahimah Binti Nordin (21DIP14F1019) siswi Politeknik Balik Pulau,Penang (PBU) yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di FELDA Wilayah Trolak  selama satu semester.



 Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada FELDA Wilayah Trolak diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di pejabatnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan di Unit Sumber Manusia, Unit Komuniti,Unit Kontrak dan Bekalan terutamanya En. Mohamad Haidir Bin Moin yang bertindak sebagai pegurus besar FELDA iaitu (RGM) dan pegawai-pegawai serta staf di semua unit tersebut yang mana telah banyak memberi tunjuk ajar serta panduan terhadap saya.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Politeknik Balik Pulau amnya, Puan Syuhada yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK tersebut.

Akhir kata, hanya kepada Allah swt sahaja saya serahkan segala urusan, semoga kita semua diberi taufik dan hidayat.
Sekian, terima kasih.



DEDIKASI

“Untuk ayah, ibu tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Pejabat FELDA Wilayah Trolak serta Politeknik Balik Pulau (PBU), serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.

HOME

POLITEKNIK BALIK PULAU , PULAU PINANG



DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
SESI JUNE 2014

NOR RAHIMAH BINTI NORDIN
21DIP14F1019
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)


PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK,
JALAN MERANTI 2,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN


NO TELEFON : 05-4386201 ; FAKSIMILI : 4386176

www.felda.net.my
https://www.facebook.com/feldakita/?fref=nf