Selama
satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi
telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi
kehidupan yang kian mencabar sekarang.
Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di
mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan
memberi apa - apa kesan. Begitulah jika
kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan
pendirian yang sentiasa berubah - ubah.
Sepanjang
saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut
pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan
dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun
masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program
latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat
kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini
dapat di perbaiki pada masa akan datang.
Kesimpulan
yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak
pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak POLITEKNIK yang memberi peluang kepada pelajar - pelajar mencari pengalaman
sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.
No comments:
Post a Comment