Tuesday, March 1, 2016

PENGHARGAAN & DEDIKASI



PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nor Rahimah Binti Nordin (21DIP14F1019) siswi Politeknik Balik Pulau,Penang (PBU) yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di FELDA Wilayah Trolak  selama satu semester.



 Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada FELDA Wilayah Trolak diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di pejabatnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan di Unit Sumber Manusia, Unit Komuniti,Unit Kontrak dan Bekalan terutamanya En. Mohamad Haidir Bin Moin yang bertindak sebagai pegurus besar FELDA iaitu (RGM) dan pegawai-pegawai serta staf di semua unit tersebut yang mana telah banyak memberi tunjuk ajar serta panduan terhadap saya.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Politeknik Balik Pulau amnya, Puan Syuhada yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK tersebut.

Akhir kata, hanya kepada Allah swt sahaja saya serahkan segala urusan, semoga kita semua diberi taufik dan hidayat.
Sekian, terima kasih.



DEDIKASI

“Untuk ayah, ibu tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Pejabat FELDA Wilayah Trolak serta Politeknik Balik Pulau (PBU), serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment